Saturday, June 28, 2008

JAYA RAMBA

JAYA RAMBA menggunakan nama Jay R Miri. Dilahirkan di Tinjar Baram. Mendapat pendidikan awal di Seolah Kerajaan Long Teru Tinjar Baram dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Marudi Baram (Tingkatan 1 hingga 5) dan ke Tingkatan Enam di SMK Lutong Miri. Kini berpendidikan Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran kepujian. Beliau bertugas di Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak, Miri di Jabatan Kewangan.

Antologi puisi yang pernah terbit ialah Wajah Kita Bandar Kita (2003), Kota Gemilang Warisan Kita (2004), Pelagus (2004), Getus Fikir (2004), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2005). Antologi cerpen yang terbit ialah Karya Sasterawan (2005), Seikhlas Bicara, Pelagus, Kepanasan Seketul Salji Hitam ((2006) dan Memori Sebuah Rindu
(2007). Telah menghasilkan lebih 10 novel, antaranya Senja Cinta Warisan (2003), Dendam Asmara (2004) terbitan Utusan Publication dan Sempadan Dendam (2003).

Pernah memenangi hadiah pertama pertandingan cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak dengan cerpen berjudul Pahat Masih Berbunyi. Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL berjudul Bara Yang Menyala dan menang hadiah Penghargaan Penulis Sarawak pad 2004,200 dan 2006. Menang tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum Malaysia 2005. Menang hadiah utama menulis cerita legenda Miri 22006. Menang menulis rencana sempena Miri ke arah Bandar Raya 2005. Menang dua buah cerpen di peraduan Penulisan Kreatif peringkat negeri Sarawak 2005.

Pernah menyertai bengkel penulisan novel (MASTERA) di Bogor, Jakarta, Indonesia (Ogos 2006). Menyertai bengkel Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan di Kalimantan Barat, 2004. Kini memegang jawatan sebagai Setiausaha 1 Persatuan Penulis Uatara Sarawak (Putera). Karya-karyanya pernah terbit di Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Jendela Sarawak dan Harian Equator-Kalimantan Indonesia.

Tuesday, June 24, 2008

JONG CHIAN LAI

JONG Chian Lai dilahirkan pada 10 Oktober 1960 di Kampung Matang, Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Gita Kuching (1967) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang sehingga 1973 sebelum ke Institut Latihan Perindustrian di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Ekonomi di Jemaah Pemasaran Ladan Hitam, Kuching, Sarawak.
Meskipun menulis puisi, drama pentas dan rencana, beliau juga dikenali sebagai penulis cerpen dan novel. Dari tahun 1980 hingga 2005, beliau telah menghasilkan 24 buah cerpen dan empat buah antologi cerpen yang diterbitkan secara persendirian. Antologi beliau ialah Musim Terakhir (1988), Bunga Rimba (1998), Menganyam Kedukaan (1999) dan Dunia Sebayan (2005). Cerpen beliau juga telah diterbitkan dalam 35 buah antologi bersama penulis lain dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Mandarin.
Dalam genre novel, Jong Chian Lai telah menghasilkan Gurgurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pindah (1988), Buaya Putih Buaya Kudung (1992), Pemberontakan (1994), Meredah Ombak Keributan (2001), dan Long Busang (2005). Novel Pemberontakan telah dipilih sebagai sebuah siri penerbitan abad ke-20. Manakala novel Lakei Rimba dan Ensera Marga Timur dari St. Anthony masih dalam proses penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Genre puisi pula, sebanyak 35 buah puisi telah dihasilkan dari tahun 1976 hingga 1982.
Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, 1986/87 dan 1988/89. Pada tahun 1989, beliau memenangi Hadiah Peraduan Menulis Maybank – DBP, Anugerah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1994 – Kategori cerpen, ESSO-GAPENA 1994 – Kategori novel (Pemberontakan), Hadiah Novel DBPCS 1997 – Menganyam Kedukaan. Anugerah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1997 – Kategori novel dan Formula Malaysia 2000 – Kategori cerpen (sagu hati).
Novel Long Busang memenangi Hadiah Novel Remaja DBPCS 2000, manakala novel Lakei Rimba memenangi Hadiah Novel Umum DBPCS 2002. Pada tahun berikutnya, novel beliau Ensera Marga Timur dari St. Anthony sekali lagi memenangi Hadiah Novel Umum DBPCS. Kini beliau terus aktif dalam bidang penulisan.
Jong Chian Lai adalah penerima S.E.A Write Awards 2006 daripada Kerajaan Thailand.

Monday, June 23, 2008

PHARO ABDUL HAKIM

Nama: Pharo bin Abdul Hakim
Umur: 55 tahun
Tarikh Lahir: 22 September 1953
Tempat lahir: Kpg Pulo Hilir, Kuching
Blog: http://pharo7.blogspot.com

Pendidikan:
Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
Lumba Kuda Council School: 1961
Pulo District Council School 1962-1966

Sekolah Menengah (tingkatan 1 -5) : SMB St Thomas Kuching (1967 -1971)
Pendidikan Lanjutan
UITM : Diploma Perakaunan (1985)
Institute of Cooperative Auditors : Ahli Graduan (1986)

Pekerjaan
1972 – 1985: Jabatan Pelajaran, Sarawak : tempat bertugas Kuching dan Simunjan.
1986 -1991 – Jabatan Pembangunan Koperasi Sarawak : tempat bertugas, Kuching dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
1991 -2007 – Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak: tempat bertugas: Kuching dan Miri.
Bersara dalam bulan September 2007 (pilihan sendiri)

Hobi:
Menulis puisi, sedikit cerpen dan esei, Fotografi, kembara, membaca.

Hasil Penulisan:
Antologi Puisi bersama : 1. Buih Di Air Biro Kesusasteraan Borneo, 1976)
2. Randau Di Pulau (Jawatankuasa Penyelenggara Dialog Borneo 1, 1987)
3.Simfoni Dari Utara (JA Com. And Pub., 1994) 4. Caturrangga (DBP, 1999)
5.Kota Asas Tamadun Bangsa (DBP, 2002) 6. Wajah Kita (DBP , 2002)
6.Sejambak Bunga Emas (DBP, 2002) dana beberapa buah lagi .

Sunday, June 22, 2008

MASLINA MAHBU

Nama penuh: Maslina Mahbu
Nama Pena : Armiza Nila
E-mel : armiza_nila07@yahoo.com
Blog : http://armizanila07.blogspot.com/
Asal : Kampung Muhibbah, Seberang Pending, Kuching,
Sarawak
Alamat kediaman : No. 114D, Lot 34, Kampung Semariang
Batu, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak
Pekerjaan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
Taraf Perkahwinan : Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Pendidikan : (i) SRK Muhibbah, Seberang Pending, Kuching
[1982-1983]
(ii) SRK Semariang, Kuching [1983-1987]
(iii) SMK Petra Jaya, Kuching [1988-1992]

Penghargaan Penulisan :
* Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak [HPPS] 2005 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Kategori Puisi (Bahasa Kepada Lelaki) *

Pengalaman Sastera :
(i) Mula bergiat dalam bidang penulisan sekitar tahun 1997 dalam genre puisi.
(ii) Puisi-puisi pernah terbit di akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Sarawak dan Utusan Borneo serta majalah Wadah Wanita Biro Wanita Sarawak Bil.1/2001, juga terkini di E-sastera.com.
(iii) Finalis Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Sarawak beberapa tahun mewakili Bahagian Kuching.
(iv) Mendeklamasikan puisi untuk rancangan Anjung Budi [Radio Televisyen Malaysia] TV1 tahun 2006 - puisi “Merdekalah Sukma Bonda”
(v) Sering menerima jemputan untuk mendeklamasikan puisi Sempena Malam Ambang Kemerdekaan Negeri Sarawak - jemputan KPSU, Sempena Hari Bandaraya Kuching - jemputan MBKS, Sempena Konvensyen HPA Sarawak - jemputan HPA.
(vi) Bersedia memenuhi jemputan untuk acara Baca Puisi
(vii) Aktif dalam Pergerakan Angkatan Pengkarya Indie [API] berpangkalan di Kuching dan pendeklamasi tetap setiap bulan Acara Baca Puisi Seniman Jalanan API bermula 2008.
(viii) Pernah menghadiri Perhimpunan Penulis Pelbagai Kaum di Rajah Court Hotel, Sarawak, Dialog Kalimantan Borneo di Merdeka Palace, Kuching, Hari Sastera Kebangsaan di Santubong Resort, Kuching dan pelbagai aktiviti sastera anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak. Juga pernah menyumbangkan suara latar untuk Teater "Bukan Bunuh Diri" Grup Teater SEDAR di UNIMAS, Sarawak.

BEB SABARIAH

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.

Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.

...........................................................

NAMA Beb Sabariah mungkin sedikit terlindung dalam lautan manusia yang bergelar penulis di media arus perdana terutama di Semenanjung. Namun bagi penulis dan peminat sastera Sarawak, nama ini cukup gah menghiasi laman kecintaan yang indah itu melalui aktiviti sastera mahupun karya-karyanya.

Seperkara yang cukup istimewa bagi Beb Sabariah yang dikenali masyarakat setempat sebagai Cikgu Bibi biarpun meminati bidang penulisan sastera sejak zaman persekolahan dan maktab perguruan, namun beliau benar-benar menceburi bidang ini hanya pada tahun-tahun akhir kerjayanya sebagai Guru iaitu tahun 2000 dengan cerpennya Rakan Siber @ disiarkan di Mingguan Sarawak.

Sebagai penulis negeri, Beb Sabariah yang lebih awal berjaya dalam bidang penulisan puisi begitu pantas bertapak dan dapat menguasai rantau nasional. Tidak sampai setahun selepas cerpen pertamanya itu menyusul Surat Untuk Nancy Maimunah-disiarkan di Mingguan Malaysia (2001).

Selepas itu bertalu-talu cerpennya disiarkan media arus perdana peringkat nasional dan negeri seperti Menyusur Galur dalam Berita Minggu 14.7.2002, Forum Wanita (Mingguan Malaysia 25.8.2002), Mahkota Di Payang Puri (Mingguan Sarawak 29.2.2004), Di Multazam Rindu Terlerai (Utusan Melayu Mingguan 30.5.2003), Pesanan (Berita Minggu 27.4.2003) Menunggu Mawar Magenta (Majalah WANITA keluaran Februari 2005), Ayah Bagi Balik Tangan 'Ain (Wadah Yang Indah Itu Bahasa/DBP-Utusan Sarawak 27.3.06) dan PM-A Lwn PM (Utusan Sarawak 3.11.2006).

Setiap insan berjiwa seni lazimnya akan terus berusaha menggilap dan meningkatkan kemampuan seninya. Begitu juga Beb Sabariah. Beliau tidak hanya berpuas hati dengan tahap pencapaian yang ada. Bagi mengukur setakat mana kejayaan dapat dicapai dan sejauh mana kakinya boleh melangkah, beliau memasuki pertandingan cerpen sempena ulang tahun DBP 50 tahun peringkat negeri Sarawak.

Penyertaan Beb Sabariah tersebut membuktikan kemampuannya memang tidak lagi wajar dipertikai setelah beliau meraih tempat kedua dengan cerpennya berjudul Mahligai Seri Gading.
Selain cerpen dan puisi, Beb Sabariah juga menulis genre novel dan cerpen kanak-kanak. Novel pertama beliau berjudul Tirani (sedang dalam proses penerbitan) merupakan projek penulisan novel Bahagian Penerbitan DBP Kuala Lumpur dengan Kelab Penulis Zaharah Nawawi (Kepezi) yang Beb Sabariah menjadi seorang ahlinya. Sebagai ahli Kepezi, dua buah cerpen Beb Sabariah juga pernah diantologikan. Cerpen Rakan Siber @ dalam Antologi Cerpen Kepezi Satu dan Menyusur Galur dalam Antologi Cerpen Kepezi Dua.

Dalam menggarap hasil-hasil karyanya Beb Sabariah merupakan penulis yang cukup peka dengan segala peristiwa yang berlaku di sekitar. Sesetengah penulis gemar mengangkat cerita daripada peristiwa yang benar-benar terjadi, sama ada pada diri sendiri mahu pun keluarga dan sahabat handai. Berbanding dengan Beb Sabariah, beliau boleh mengolah karya hanya berdasarkan berita yang dibaca atau ditontonnya melalui media cetak dan elektronik.

Cerita digarap bersungguh dengan dibumbui bahan-bahan berharga iaitu ilmu bantu yang diperolehi melalui internet dan hasil pembacaan yang cukup luas; juga beliau memanfaatkan sebaik-baiknya warna kehidupan dan budaya masyarakat setempat. Misalnya novel Tirani yang mengangkat tema pelancongan di Sarawak, novel ini diperkaya dengan adat perkahwinan daripada merisik, bertunang sehingga kepada hari persandingan; selain permasalahan yang cukup jauh untuk diselami iaitu soal pembedahan plastik untuk kecantikan.

Menyentuh sekilas tema yang menterasi cerpen-cerpen Beb Sabariah dalam kumpulan Mawar Magenta ini, ternyata hampir tiada isu yang sama diangkat untuk menyemarakkan minat pembaca, dalam karya-karyanya.

Beb Sabariah mendapat ilham menulis cerpen Surat Untuk Nancy Maimunah apabila perasaan marahnya begitu bergejolak tatkala serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq dilancarkan. Cerpen Rakan Siber@ pula berkaitan kegilaan rakyat negara ini apabila dilanda kebanjiran pc dengan kemudahan berhubungan melalui dunia siber biarpun hanya antara jiran di sebelah rumah. Menyusur Galur sesuai dengan judulnya cerpen ini mengetengahkan cerita anak angkat yang ingin mencari ibu bapa kandungnya setelah tidak berpuas hati dengan kasih sayang yang diberikan ibu angkatnya. Setelah dia dibawa menemui ibu kandungnya, gadis berkenaan kembali ke pangkuan ibu angkat.

Nusaibah pula biarpun hanya cerita klise mengenai wanita yang tertipu oleh sikap baik seorang lelaki yang ingin mengahwininya, namun sarat dengan falsafah dan kasih sayang ayah terhadap anak. Sementara Menunggu Mawar Magenta yang sebahagian judulnya diangkat menjadi tajuk kumpulan cerpen ini adalah cerita seorang dari sebuah pertubuhan sukarela yang diberikan tugas menjemput seseorang tokoh ternama di lapangan terbang. Pengalaman tokoh tersebut ditahan pihak imigresen kerana tiada membawa pengenalan diri mampu diangkat oleh penulis ini menjadi cerita lucu.

Beberapa contoh cerpen di atas (sekadar mengangkat beberapa buah) untuk dijadikan panduan memperlihatkan betapa pekanya penulis Beb Sabariah terhadap setiap yang berlaku di sekitarnya. Kepakaan beginilah yang seharusnya ada pada setiap penulis.

Seperkara yang cukup menarik mengenai penulis wanita gigih ini, semua karya cerpennya mengambil latar tempat tempatan di Sarawak. Pendedahan begini amat sesuai sekali apabila dibaca oleh pembaca di peringkat nasional yang tidak banyak sedikit dapat memperkenalkan sosiobudaya Sarawak secara tidak langsung melalui karya sastera.

Meneliti karya-karya Beb Sabariah, kita dapat membuat kesimpulan yang konkrit: Inilah hasil kerja penulis yang mempunyai ilmu dan terdidik dalam bidang berkenaan.

Satu kebanggan dan pujian yang harus diberikan kepada Beb Sabariah yang pernah bertugas sebagai pendidik selama 35 tahun ini, beliau bermula lewat dalam bidang penulisan biarpun minat bercambah dalam usia remajanya.

Dengan ini Beb Sabariah berjaya membuktikan usia bukanlah ukuran kejayaan atau kegagalan bagi seseorang penulis kerana yang paling utama ialah kesungguhan serta ilmu yang dipelajari secara khusus melalui bengkel-bengkel yang banyak diadakan secara formal di negara ini; apatah lagi jikalau mengikuti pengajian ilmu sastera dan penulisan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kehadiran Beb Sabariah di arena kesusasteraan adalah umpama menyaksikan setaman mawar magenta berkembang mewarnai dunia penulisan yang selalu banyak cabarannya. Dan dalam cabaran yang silih berganti ‘mawar magenta’ yang satu ini berjaya muncul di tengah sekian banyak mawar-mawar lain yang pelbagai warna namun tetap mempunyai bau yang satu: harum semerbak menyegarkan alam. - Zaharah Nawawi USJ Selangor 9 Feb. 2007

http://bebsabariah.blogspot.com/

MOHAMAD FAIZAL JAMIL (MOFA)

MOHAMAD Faizal bin Jamil turut menulis menggunakan sama samarana MOFA. Dilahirkan pada 20 Oktober 1974 di No. 54, Kampung Panglima Seman Ulu, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Berusia 33 Tahun, usdah berkahwin dan kini menetap di No. 162, Kampung Muara Tebas, Jalan Bako, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Alamat e-mel beliau ialah faizal_j@dbp.gov.my.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan PUlo, Kuching (1981-1986), kemudian di Sekolah Menengah Bantuan St. Thomas (1987-1991). Seterusnya, di Institut Teknologi Mara (1992).

SENARAI KARYA SASTERA
Novel

1. Katarsis Perjuangan (Sayang Sarawak)
Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Sastera Kreatif Berunsur Sejarah sempena Perayaan Jubli Delima Kemerdekaan Negeri Sarawak 2003.
2. Anak Ruma’ Kadang
Hadiah Sagu Hati Sayembara Mengarang sempena Perayaan Jubli Emas DBP Kategori Novel 2006.
3. Meniti Impian

Cerpen

1. Sebuku Roti Secawan Kopi
Hadiah Pertama Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2006 Peringkat Negeri Sarawak.
2. Ruma’ Kadang
Hadiah Sagu Hati Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2006 Peringkat Negeri Sarawak dan tersiar di Majalah Dewan Sastera (Januari 2007)
3. Pak Mail
Hadiah Sagu Hati Cerpen Remaja Peraduan Cerpen dan Novel Kanak-kanak dan Remaja Karyanet 2005.
4. Ada Kilau Di Sela Lumpur (WBS/ Utusan Sarawak 22.06.2005).
5. Gadis Bermata Biru (Majalah Tunas Cipta Keluaran Jun 2006).
6. Gerimis Ogos (YIIB/ Utusan Sarawak 28.08.2006).
7. Laga (Majalah Tunas Cipta Keluaran Julai 2006).
8. Menadah Sinar (YIIB/ Utusan Sarawak 15.05.2006)
9. Sebutir Nasi (YIIB/ Utusan Sarawak 06.11.2006).
10. Tong Rezeki.
11. Petunjuk.
12. Sejadah Usang.
13. Serigala Hitam.
14. Surau Di Hujung Tebing.
15. Kembali.

Puisi

1. Kualiti dan Perjuangan
Tempat Ketiga Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2001.
2. Pohon Gemilang
Tempat Pertama Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2002.
3. Kembali Bertapak
Sagu Hati Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2003.
4. Sumpah Warga (DBP)
Tempat Ketiga Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2005.
5. Janji Alam
Berita Minggu (03.07.2005) / YIIB Utusan Sarawak (25.01.2005).
6. Mencari Kota Hijrah
Berita Minggu (26.03.2006).
7. Sejadah Usang
Berita Minggu (09.10.2005)
8. Salam Damai Yang Hilang
Berita Minggu (13.03.2005).
9. Ceritera Di Sebuah Kota
Berita Minggu (24.04.2005)
10. Doa Sang Penyair
Antologi “Mutiara Dalam Timbunan Pasir” Karya Staf DBP Cawangan Sarawak dan Sabah.
11. Malam Di Kota
Antologi “Mutiara Dalam Timbunan Pasir” Karya Staf DBP Cawangan Sarawak dan Sabah.
12. Kampung Kayu Kota Batu
Antologi “Kota Asas Tamadun Bangsa” sempena Hari Pengucapan Puisi Wilayah-Bandar Raya 2002.
13. Kota Usang
Antologi “Kota Asas Tamadun Bangsa” sempena Hari Pengucapan Puisi Wilayah-Bandar Raya 2002.
14. Lautan Cahaya
Antologi “Kota Asas Tamadun Bangsa” sempena Hari Pengucapan Puisi Wilayah-Bandar Raya 2002.
15. Al-Fatihah
Buletin API (Angkatan Penulis Indie Sarawak).
16. Azan (14.08.2005).
17. Citra Gemilang DBP ( YIIB Utusan Sarawak 02.07.2002)
18. Bacalah Anakku (17.12.2004).
19. Bila Rindu Menjamah Kalbu (17.12.2004)
20. Dengar (17.12.2004).
21. Filosofi Air Mata (1990).
22. Jalur Darahku (2001).
23. Kitalah Warga Cemerlang (20.10.2004).
24. Lagu Damai (23.01.2005).
25. Malam Utama (16.10.2005).
26. Penyairkah Aku (10.10.2005).
27. Rindu Kebebasan (23.01.2005).
28. Tetamu Hijrah (25.04.2006).

ESEI

1. Penerapan dan Kesedaran Kualiti: Sejauh Mana Keberkesanannya di DBP
Tempat Pertama Sayembara Menulis Esei Kualiti DBP 2004.

RENCANA

1. Dunia Sastera: Puisi Muzikal/Lagu Puisi
Tersiar di ruangan YIIB Utusan Sarawak 13.03.2006.

PENGLIBATAN DALAM BIDANG SENI

A. Rakaman Album Nyanyian (NAR Records Sdn. Bhd.):

1. AKIRA (Aku Kembarakan Irama Rasa Akarku) – 1997
2. Kompilasi Balada – 1998
3. Dendangan Lebaran – 1998

B. Lagu dan Lirik Yang Pernah Dihasilkan:

1. Rintihan Anak Kecil (Lagu & Lirik) – 1991;
2. Pencarian (Lagu) – 1991;
3. Gadisku (Lirik & Lagu) – 1994;
4. Terima Kasih (Lagu) – 1995
5. Kekasih Misteri (Lagu & Lirik) – 1995;
6. Kolek (Lagu) – 1995;
7. Sesalan (Lagu & Lirik) – Album AKIRA 1997;
8. Deretan Derita (Lagu) – 1995;
9. Di Sebalik Tabir Biru (Lagu) – 1995;
10. Abadi (Lagu & Lirik) – 1997;
11. Suara Kasih (Lagu & Lirik) – 1997;
12. Jauh (Lirik) – Album AKIRA 1997;
13. Cinta Pertama (Lirik & Lagu) – 1997;
14. Mentari Impian (Lirik & Lagu) – Album AKIRA 1997;
15. Zapin Kenyalang (Lirik) – Album AKIRA 1997;
16. Citra Gemilang DBP (Lirik & Lagu) – Lagu Tema Perayaan Jubli Perak DBP Cawangan Sarawak dan Sabah.