Friday, July 4, 2008

WILLIAM CHAN KHUN NENG

WILLIAM CHAN KHUN NENG ialah Editor Eksekutif Utusan Sarawak/Mingguan Sarawak. Berkecimpung dalam bidang kewartawanan secara sepenuh masa sejak 15 Ogos 1989 bermula dengan pemberita akhbar The People's Mirror di Miri. Pada tahun 1984, beliau memenangi tempat ketiga dalam Peraduan Mengarang Sastera Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak melalui antologi 10 puisi beliau yang diberi judul Dalam Persinggahan. Karya-karya beliau banyak dimuatkan dalam beberapa buah antologi seperti Puisi-Puisi PUTERA (terbitan PUTERA 1980), Dongeng Kembara (PUTERA 1980), Sayang Sarawak (GPPS 1981), Lagu Kenangan (DBP 1984), Puisi-Puisi Kenyalang II (DBP 1986), Randau di Pulau (Penyelenggara Dialog Borneo I 1987), Perkasihan Musim (Penyelenggara Dialog Borneo II 1987), Simfoni Dari Utara (JA Communication 1994), serta antologi puisi perseorangan Menara Budi (PUTERA 2000). Tiga buah puisi beliau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan terbit dalam puisi terjemahan Anthology of Malaysian Poetry terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur tidak lama lagi. Dilahirkan di Kampung Dagang, Miri pada 10 Disember 1965. William Chan merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapanya, mendiang Chan Eng Geok berasal dari Kampung Penakub Ulu, Mukah. Manakala mendiang ibunya, Ripol bt Tiban dari Kampung Tellian Tengah, Mukah.

No comments: