Wednesday, July 2, 2008

YUSUF MUSTANIR

YUSUF MUSTANIR dilahirkan di Kuching pada 17 Disember 1957 di Bau. Memperoleh pendidikan hingga lulus Ijazah Bacelor Pendidikan dari UPM dan bertugas sebagai guru. Yusuf menulis cerpen dan juga skrip drama radio serta pernah memenangi beberapa peraduan menulis anjuran DBP Cawangan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam kedua-dua genre. Cerpennya Tanah Emas pernah memenangi hadiah penghargaan dalam Sayembara Esso-Gapena pada tahun 1988. Cerpen dan skrip drama Yusuf diterbitkan dalam beberapa antologi bersama oleh DBP dan dalam siri antologi Cikgu oleh JPNS. Sebuah kumpulan persendirian skrip drama sulungnya diterbitkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) pada tahun 1989 dengan judul Calon.

2 comments:

OSMAN BIN ZAINI said...

yusuf mustanir..
bekas guru saya sendiri semasa di SMK Tun Abg Haji Openg..
banyak menghasilkan skrip drama dan saya sendiri pernah berlakon untuk skrip drama beliau iaitu " Hadiah Kemerdekaan" pada tahun 2003 di TAZA.
semoga kita dapat bersua lagi cikgu...

yms said...

Harap saudara akan terus maju jaya