Friday, July 4, 2008

DAHIRI SAINI

DAHIRI SAINI dilahirkan di Kampung Baru Hulu, Kota Samarahan Sarawak. Mula menulis pada tahun 1990. Pernah menjadi penulis kreatif/non-kreatif beberapa akhbar tempatan. Pada tahun 1989 mengikuti Kembara Puisi Keliling di Sarawak bersama Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan Allahyarham Abdul Aziz H.M. Pada tahun 1997/1999 mengikuti Program Penulisan Sastera Kreatif dan Deskriptif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tahun 2000/2001 mengikuti Program Jangka Pendek Penulisan Skrip Drama/Cereka Tv di Angkasapuri Kuala Lumpur. Kemudian tahun 2004 terpilih untuk menyertai Program Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan, Indonesia. Tahun 2005 Terpilih Mengikuti Program Pertukaran Penulis Sarawak/Sabah Dan Semenanjung Malaysia. Menulis pelbagai jenis genre seperti puisi, cerpen, novel, skrip drama / cereka tv, rencana dan esei. Karyanya banyak tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah Wanita dan Keluarga. Pernah memenangi pelbagai hadiah penulisan di peringkat Negeri Sarawak dan Nasional. Seperti pernah mengimbangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) genre Cerpen 1993. 2000, 2003, 2005, genre Puisi 1994, 1997, 1999, genre Skrip Drama 2004,2006. Dianugerahkan sebagai Karyawan Harapan Negeri Sarawak yang pertama pada majlis Anugerah Sastera Negeri Sarawak 1996. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 (Kategori B; Genre Cerpen). Dan Memenangi (2) Hadiah Saguhati Esei Bahasa Sempena Bulan Bahasa Sastera Negara (BBSN 2005 Negeri Sarawak). Cerpen Mantera Janji memenangi tempat kedua Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003 Sempena Jubli Delima Sarawak Merdeka (1963 – 2003). Cerpen Manusia Coklat memenangi Tempat Ketiga Peraduan Menulis Cerpen DBP 2006. Skrip drama Jeda Nur Iman memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007. Kumpulan puisi persendirian Subuh Yang Lain (2001), kumpulan cerpen persendirian Merentas Minda (2004) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Novel Cinta & Inspirasi (2004) dan Bunga-Bunga Cinta (2006) terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Naskhah drama Jeda Nur Iman DBP 2007. Novel Hanya Cinta (Penerbit Pekan Ilmu Publication 2008) Kumpulan skrip drama Mencari Fitrah dan kumpulan puisi Dari Satu Renungan dalam proses penerbitan DBP. Sementara itu antologi puisi / cerpen bersama ialah Satu Perasmian, Menganyam Kedukaan, Meminggir Angin, Caturrangga, Nyanyian Kembara, Gema Membelah Gema 15, Kota Asas Tamadun Bangsa, Sejambak Bunga Emas, Wajah Kita, Pelagus (1) dan Antologi Sasterawan Muda 2002/Gapena. Di samping itu juga sebagai penggiat seni budaya dan sastera yang melibatkan acara seperti baca puisi, teater, budaya, serta dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak. Di samping sebagai fasilitator bebas Kesusasteraan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak. Kini sebagai Perunding de'ruai Enterprise berpusat di Kota Samarahan.

1 comment:

Unknown said...

kamek suka nya mpun kumpulan cerpen 'Namanya Tsu-Nami', pakey kamek molah esaimen.. hihi