Wednesday, July 2, 2008

JAIS SAHOK

JAIS SAHOK dilahirkan di Lundu pada 14 November 1959. Lulus STPM pada tahun 1978 dan kemudian mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada tahun 1980-1981. Pada tahun 1985-1988, Jais melanjutkan pelajaran di UPM sehingga memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan. Jais menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel, skrip drama, puisi serta esei kritikan dan telah banyak kali memenangi peraduan menulis serta menerima hadiah/anugerah penulisan (dalam hampir kesemua genre) baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti Hadiah Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Cerpen DBP-Malayan Banking, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, Jais sudah menghasilkjan lebih sepuluh novel dan empat buah kumpulan cerpen persendirian di samping banyak lagi tulisan yang disiarkan/diterbitkan secara eceran ataupun secara bersama dengan tulisan penulis-penulis lain.

3 comments:

Unknown said...

teruskan usaha cikgu.cikgu kelas di smk stampin 1982-1984.mun x salah ingatlah

Anonymous said...

tak lekang di ingatan(teguran) dia sewaktu mambuat lawatan di Sk Long moh,baram lama dulu...tahun 1994 kalau tak silap saya.Dia mmeberi sedikit tips gaya penulisan terhadap cerita pendekku yang terpampang di papan notis skolah. hehe...

D'nomde Arena~ said...

AKU NYIAN ADA TAGARAK ATI MAOK NYAMAKIK DIRIK KU DAAMT DUNIA PANULISAN TAPI AKU ANAK NAHUIK JAMAE CARA A NANG URANGK ANG MAOK JAJI TAMPAT RUJUKAN..... DAPAT LAH KITAK MAREK TUNJUK AJAR?????