Saturday, June 28, 2008

JAYA RAMBA

JAYA RAMBA menggunakan nama Jay R Miri. Dilahirkan di Tinjar Baram. Mendapat pendidikan awal di Seolah Kerajaan Long Teru Tinjar Baram dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Marudi Baram (Tingkatan 1 hingga 5) dan ke Tingkatan Enam di SMK Lutong Miri. Kini berpendidikan Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran kepujian. Beliau bertugas di Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak, Miri di Jabatan Kewangan.

Antologi puisi yang pernah terbit ialah Wajah Kita Bandar Kita (2003), Kota Gemilang Warisan Kita (2004), Pelagus (2004), Getus Fikir (2004), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2005). Antologi cerpen yang terbit ialah Karya Sasterawan (2005), Seikhlas Bicara, Pelagus, Kepanasan Seketul Salji Hitam ((2006) dan Memori Sebuah Rindu
(2007). Telah menghasilkan lebih 10 novel, antaranya Senja Cinta Warisan (2003), Dendam Asmara (2004) terbitan Utusan Publication dan Sempadan Dendam (2003).

Pernah memenangi hadiah pertama pertandingan cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak dengan cerpen berjudul Pahat Masih Berbunyi. Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL berjudul Bara Yang Menyala dan menang hadiah Penghargaan Penulis Sarawak pad 2004,200 dan 2006. Menang tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum Malaysia 2005. Menang hadiah utama menulis cerita legenda Miri 22006. Menang menulis rencana sempena Miri ke arah Bandar Raya 2005. Menang dua buah cerpen di peraduan Penulisan Kreatif peringkat negeri Sarawak 2005.

Pernah menyertai bengkel penulisan novel (MASTERA) di Bogor, Jakarta, Indonesia (Ogos 2006). Menyertai bengkel Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan di Kalimantan Barat, 2004. Kini memegang jawatan sebagai Setiausaha 1 Persatuan Penulis Uatara Sarawak (Putera). Karya-karyanya pernah terbit di Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Jendela Sarawak dan Harian Equator-Kalimantan Indonesia.

No comments: