WILLIAM CHAN KHUN NENG ialah Editor Eksekutif Utusan Sarawak/Mingguan Sarawak. Berkecimpung dalam bidang kewartawanan secara sepenuh masa sejak 15 Ogos 1989 bermula dengan pemberita akhbar The People's Mirror di Miri. Pada tahun 1984, beliau memenangi tempat ketiga dalam Peraduan Mengarang Sastera Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak melalui antologi 10 puisi beliau yang diberi judul Dalam Persinggahan. Karya-karya beliau banyak dimuatkan dalam beberapa buah antologi seperti Puisi-Puisi PUTERA (terbitan PUTERA 1980), Dongeng Kembara (PUTERA 1980), Sayang Sarawak (GPPS 1981), Lagu Kenangan (DBP 1984), Puisi-Puisi Kenyalang II (DBP 1986), Randau di Pulau (Penyelenggara Dialog Borneo I 1987), Perkasihan Musim (Penyelenggara Dialog Borneo II 1987), Simfoni Dari Utara (JA Communication 1994), serta antologi puisi perseorangan Menara Budi (PUTERA 2000). Tiga buah puisi beliau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan terbit dalam puisi terjemahan Anthology of Malaysian Poetry terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur tidak lama lagi. Dilahirkan di Kampung Dagang, Miri pada 10 Disember 1965. William Chan merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapanya, mendiang Chan Eng Geok berasal dari Kampung Penakub Ulu, Mukah. Manakala mendiang ibunya, Ripol bt Tiban dari Kampung Tellian Tengah, Mukah.
Friday, July 4, 2008
DAHIRI SAINI
DAHIRI SAINI dilahirkan di Kampung Baru Hulu, Kota Samarahan Sarawak. Mula menulis pada tahun 1990. Pernah menjadi penulis kreatif/non-kreatif beberapa akhbar tempatan. Pada tahun 1989 mengikuti Kembara Puisi Keliling di Sarawak bersama Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan Allahyarham Abdul Aziz H.M. Pada tahun 1997/1999 mengikuti Program Penulisan Sastera Kreatif dan Deskriptif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tahun 2000/2001 mengikuti Program Jangka Pendek Penulisan Skrip Drama/Cereka Tv di Angkasapuri Kuala Lumpur. Kemudian tahun 2004 terpilih untuk menyertai Program Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan, Indonesia. Tahun 2005 Terpilih Mengikuti Program Pertukaran Penulis Sarawak/Sabah Dan Semenanjung Malaysia. Menulis pelbagai jenis genre seperti puisi, cerpen, novel, skrip drama / cereka tv, rencana dan esei. Karyanya banyak tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah Wanita dan Keluarga. Pernah memenangi pelbagai hadiah penulisan di peringkat Negeri Sarawak dan Nasional. Seperti pernah mengimbangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) genre Cerpen 1993. 2000, 2003, 2005, genre Puisi 1994, 1997, 1999, genre Skrip Drama 2004,2006. Dianugerahkan sebagai Karyawan Harapan Negeri Sarawak yang pertama pada majlis Anugerah Sastera Negeri Sarawak 1996. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 (Kategori B; Genre Cerpen). Dan Memenangi (2) Hadiah Saguhati Esei Bahasa Sempena Bulan Bahasa Sastera Negara (BBSN 2005 Negeri Sarawak). Cerpen Mantera Janji memenangi tempat kedua Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003 Sempena Jubli Delima Sarawak Merdeka (1963 – 2003). Cerpen Manusia Coklat memenangi Tempat Ketiga Peraduan Menulis Cerpen DBP 2006. Skrip drama Jeda Nur Iman memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007. Kumpulan puisi persendirian Subuh Yang Lain (2001), kumpulan cerpen persendirian Merentas Minda (2004) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Novel Cinta & Inspirasi (2004) dan Bunga-Bunga Cinta (2006) terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Naskhah drama Jeda Nur Iman DBP 2007. Novel Hanya Cinta (Penerbit Pekan Ilmu Publication 2008) Kumpulan skrip drama Mencari Fitrah dan kumpulan puisi Dari Satu Renungan dalam proses penerbitan DBP. Sementara itu antologi puisi / cerpen bersama ialah Satu Perasmian, Menganyam Kedukaan, Meminggir Angin, Caturrangga, Nyanyian Kembara, Gema Membelah Gema 15, Kota Asas Tamadun Bangsa, Sejambak Bunga Emas, Wajah Kita, Pelagus (1) dan Antologi Sasterawan Muda 2002/Gapena. Di samping itu juga sebagai penggiat seni budaya dan sastera yang melibatkan acara seperti baca puisi, teater, budaya, serta dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak. Di samping sebagai fasilitator bebas Kesusasteraan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak. Kini sebagai Perunding de'ruai Enterprise berpusat di Kota Samarahan.
Wednesday, July 2, 2008
ABDUL MALEK HAJI BEDU
ABDUL MALEK HAJI BEDU dilahirkan di Sadong Jaya, Simunjan pada 1 September 1967. Lulus SPM pada tahun 1986 dan kemudian mengikuti latihan perguruand I Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching pada tahun 1988-1990. Sekarang bertugas sebagai guru di Simunjan. Abdul Malek menulis cerpen dan puisi dan pernah memenangi peraduan menulis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan juga menerma Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) anjuran DBP Cawangan Sarawak. Cerpennya tersiar dalam akhbar Utusan Sarawak/Mingguan Sarawak dan Berita Harian serta dalam majalah Dewan Sastera dan juga dalam siri antologi Cikgu terbitan JPNS. Kumpulan cerpen persendiriannya yang sulung diterbitkan pada tahun 1999 oleh penerbit Gaya Media dengan judul Mawar Merah Untuk Slena.
HARRY USUP UMBAR
HARRY USUP UMBAR dilahirkan pada 3 Jun 1955 dan bertugas sebagai guru. Harry menulis cerpen, novel dan cerita kanak-kanak. Novel beliau berjudul Kemelut Kasih di Persada Juang memenangi Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Novel Remaja 1999. Sementara novel berjudul Gerila Rimba memenangi Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel sempena Bulan Bahasa 1997.
JAIS SAHOK
JAIS SAHOK dilahirkan di Lundu pada 14 November 1959. Lulus STPM pada tahun 1978 dan kemudian mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada tahun 1980-1981. Pada tahun 1985-1988, Jais melanjutkan pelajaran di UPM sehingga memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan. Jais menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel, skrip drama, puisi serta esei kritikan dan telah banyak kali memenangi peraduan menulis serta menerima hadiah/anugerah penulisan (dalam hampir kesemua genre) baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti Hadiah Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Cerpen DBP-Malayan Banking, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, Jais sudah menghasilkjan lebih sepuluh novel dan empat buah kumpulan cerpen persendirian di samping banyak lagi tulisan yang disiarkan/diterbitkan secara eceran ataupun secara bersama dengan tulisan penulis-penulis lain.
JEMAT GANI
JEMAT GANI dilahirkan di Pusa, Saribas pada 3 Ogos 1967. Lulus SPM pada tahun 1985 dan kemudian mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada tahun 1988-1989. Sekarang bertugas sebagai guru. Jemat menulis cerpen, puisi, dan skrip drama dan pernah memenangi peraduan menulis anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS). Tulisan Jemat tersiar dalam akhbar Utusan/Mingguan Sarawak dan juga siri antologi Cikgu terbitan JPNS.
LUCAS TAKIP
LUCAS TAKIP dilahirkan pada 22 Mac 1965 di Dalat. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dari Amerika Syarikat. Lucas menulis sejak di bangku sekolah lagi. Genre yang digemarinya meliputi cerpen, cerita kanak-kanak dan juga puisi. Lucas pernah memenangi beberapa peraduan menulis anjuran DBP Cawangan Sarawak dan juga menerima Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS). Di peringkat kebangsaan, cerpennya Hijau-Hijau Bumi Kemarau pernah memenangi hadiah penghargaan Sayembara Esso-Gapena tahun 1996.
Subscribe to:
Posts (Atom)